Kuil Hindu Hinduisme_di_Malaysia

Penduduk Selangor berjumlah 6 juta, 3 juta orang Melayu. Ada 358 buah masjid dan kira-kira 1000 buah surau. Jumlah keseluruhan 1366 buah.

Di Selangor terdapat 960,000 orang India dengan 1500 kuil sementara kaum Cina seramai 1.8 juta mempunyai 1015 tokong Buddha. Ada 27 buah gereja bagi 50,000 penganut Kristian.

Setiap tempat ibadah tidak kira masjid, kuil, tokong atau gereja mestilah dibina mengikut undang-udang dan tidak boleh dibina di atas tanah persendirian, milik orang lain. Perkara hak milik tanah hendalah dirujuk kepada Pejabat Tanah di setiap pejabat daerah.

Pemilik tanah akan meminta pentisyen mahkamah untuk mengeluarkan setinggan, surau dan kuil yang dibina din atas tanah persendirian. Oleh itu pejabat daerah akan mematuhi arahan mahkamah ini untuk mengeluarkan mereka. Setakat ini di Selangor telah merobohkan 16 buah surau dan masjid, 38 kuil, 19 tokong. Tidak ada gereja yang dirobohkan.

38 buah kuil dirobohkan kerana dibina di tanah milik persendirian yang menjadi masalah kepada kaum lain. Masjid dan surau dirobohkan kerana hendak membina jalan. Lokasi baru yang sesuai akan diberikan. Kerja-kerja alihan dan pampasan akan diberi.

MIC tidak cukup berkesan memberi penerangan kepada masyarakat India tentang situasi sebenar ini. Pelampau Hindraf ini amat agresif dan sanggup mengambil tindakan yang tertentu. Pilihan raya juga semakin dekat. Sepatutnya MIC tidak menyembunyikan pendirian. [3]

Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman

Pada 21 April 2006, kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman yang terletak di Setapak,Kuala Lumpur ini telah diberi notis oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mematuhi syarat pembinaan bangunan dan tempat agama. Pihak Hindraf telah memainkan peranan membantah tindakan pihak penguatkuasa ini.

Kuil di Kampung Rimba Jaya

Pada 15 November 2007, kuil di Kampung Rimba Jaya, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor telah dirobohkan dan dipindahkan ke tempat lain oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Sebenarnya tapak kuil, surau dan kawasan setinggan di situ milik swasta yang hendak membangunkannya dengan kawasan perumahan. Pihak swasta itu ialah Syarikat Ho Hah Development Sdn Bhd yang tekah memiliki tanah itu sejak 1977. Syarikat mendapat perintah mahkamah pada 1988 untuk mengeluarkan setinggan itu termasuk kuil dan bangunan yang lain tanpa sebarang pampasan. Pada 2003 syarikat itu benkrap. Kerajaan melalui PKNS telah menyerahkan tanah itu kepada Kem Rimba Raya dengan bayaran RM2.5 juta. Syaratnya mestilah jika mahu membeli kawasan tersebut, perlu menyediakan kawasan rumah untuk setinggan yang tinggal di situ, tapak untuk rumah ibadah, dan dua lagi tadika, iaitu tadika KEMAS dan tadika untuk masyarakat India.

800 daripada 1000 setinggan setuju pindah ke rumah pangsa Seksyen 26, Kampung Baru Hicom. Pemilik asal kuil juga telah mendapat notis pemindahan dan bersetuju dipindahkan dengan pampasan sebanyak RM40,000. Tetapi pihak luar yang dipercayai penyokong Hindraf telah membuat halangan dan bantahan sehingga 10 anggota penguatkuasa Majlis Bandar raya Shah Alam terpaksa dimasukkan ke hospital. Sami lama tidak dibenarkan masuk ke dalam kuil. [4]

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan kuil itu dirobohkan pada 6 November 2007 iaitu dua hari sebelum Hari Deepavali iaitu pada 8 November 2007. Sebaliknya pada 15 November 2007.

Rujukan

WikiPedia: Hinduisme_di_Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.merinews.com/catFull.jsp?articleID=1282... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opini... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul...